Sebentar tadi portal berita online The Star melaporkan bahawa sejumlah  6,400 barangan akan dikenakan cukai SST dibandingkan dengan  11,197 barangan di bawah cukai GST.

Ketua Pengarah kastam Datuk Seri Subromaniam memberitahu pemberita ia adalah berdasarkan nombor tarif yang telah dicadangkan. Beliau berkata jika dirujuk kepada indeks harga pengguna (CPI), dibawah cukai GST 60% barangan telah  dikenakan cukai berbanding dengan SST iaitu hanya 38% barangan akan dikenakan cukai.

Menurut beliau lagi, pihak Kastam menjangkakan kira - kira 70,000 hingga 80,000 syarikat berdaftar di bawah cukai SST berbanding dengan 470,000 syarikat di bawah cukai GST. Syarikat-syarikat tersebut yang terutamanya Pengilang dan servis perkhidmatan akan dimaklumkan melalui email bermula minggu ini.

Selain itu, menurut beliau senarai barangan yang dikecualikan daripada cukai SST akan diputuskan minggu hadapan.
Share To:

LaburForex

" Berpengalaman dalam Forex trading, Crypto trading, Stock trading "

Post A Comment:

0 comments so far,add yours