Market yang dibuka 24 jam sehari, 5 hari seminggu
Pasaran saham dibuka 8 jam sehari, tetapi pasaran forex dibuka 24 jam sehari!! Namun begitu, bukan sepanjang masa anda boleh trade. Ada waktu-waktu tertentu sahaja. Ia akan terangkan dengan lebih lanjut di dalam bab-bab akan datang.

Urusan transaksi yang sangat pantas!!
Dengan hanya beberapa klik, anda sudah boleh membeli @ menjual matawang di pasaran online forex. Ianya sangat mudah dan cepat. Malah, disebabkan pergerakan market yang pantas, anda juga berpeluang menjana keuntungan besar dalam masa yang singkat!!

Kos yang sangat minimum
Kos forex trading adalah amat minimum berbanding pasaran-pasaran lain. Di dalam forex trading, anda perlu membayar “spread” kepada broker. Spread ialah perbezaan antara harga bid dan ask. Selain spread, anda juga tertakluk kepada caj-caj lain seperti caj deposit, withdrawal dan rollover fee. Segala-galanya akan diterangkan di dalam bab 8 : panduan broker forex.
                                                                                    Forex adalah pasaran dua hala
Anda boleh menjana keuntungan dari forex apabila harga naik dan turun, berbanding dengan pasaran lain yang hanya boleh menjana keuntungan apabila harga naik atau bullish sahaja. Jadi, kita akan ada banyak peluang untuk buat duit!!

Forex menawarkan leverage
Forex membolehkan anda menggunakan leverage / pengganda. Dengan leverage, anda tidak memerlukan modal yang besar untuk melabur dalam forex. Contohnya, jika anda ingin buy $10,000 gbp/usd, anda tidak memerlukan modal sebanyak $10,000. Sebaliknya, anda hanya perlukan $100 sahaja! (andaikan leverage 100:1). Baki selebihnya akan dipinjamkan oleh broker. Makna leverage 100:1 ialah, anda hanya perlu sediakan 1/100 @ 1% daripada jumlah ingin dilabur. Manakala 99/100 @ 99% lagi akan dipinjamkan oleh broker.

Risiko yang terhad
Dalam forex, anda hanya boleh rugi setakat mana yang anda laburkan. Ia tidak seperti saham, di mana anda boleh melabur melebihi kemampuan anda, dan jika anda mengalami kerugian, anda masih perlu membayar kerugian itu.

Boleh dilakukan di mana-mana sahaja
Forex boleh dilakukan di rumah atau di mana-mana sahaja mengikut keselesaan anda, selagi ada komputer dan sambungan internet.


Seterusnya>> matawang-matawang utama...

Share To:

LaburForex

" Berpengalaman dalam Forex trading, Crypto trading, Stock trading "

Post A Comment:

0 comments so far,add yours